Dec 13, 2009

baca sampai pengsan

dah lebih seminggu aku di malaysia. dan selama itulah aku bertapa di rumah. hanya jumpa saudara mara terdekat. yang jauh-jauh belum lagi. macam-macamlah orang cakap bila jumpa aku. ada kata aku bertambah saiz, bertambah tinggi, bertambah putih dan etc etc. yang penting semua bertambah. takde yang berkurang. damn. bengang ada, kelakar pun ada. saudara mara dan keluarga macam pelik. orang bila balik oversea craving macam-macam benda. siap buat list lagi. aku tak. bila aku pandang umi abah, adik-adik, aku rasa kenyang. haha. sindrom apakah? si aleeya, beliau tengah diet sekarang [budak umur 5 tahun pun pandai dah nak diet bagai]. aleeya ni makin banyak cakap. dah besar sangat dah. semua benda dah pandai. cepat gila masa berlalu. helmi dah habis spm, merdeka dah. hajar tengah tunggu result pmr, dan nadiah makin pandai mengurut. ni mesti sebab praktis mengurut bertahun-tahun. haha. birthday umi khamis lepas. aku belanja family makan lunch kat secret recipe tesco. masih tak jejakkan kaki ke kb mall. masih terbayangkan kemalangan hari tu. isk. aku masih mengikuti perkembangan blog korang. cuma setiap kali aku tekan post comment, setiap kali tu internet putus. damn. baiklah, memandangkan internet kat sini macam hidup segan mati tak mahu. aku mahu chow dulu. nak layan drama korea dengan hajar.


 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei