Feb 24, 2010

cny holidays




satu. sekali dua bawa family pergi main bowling. abah lah yang paling terer sebab dia paling banyak strikes weehoo. aku? erh, tak merasa la nak menang. paling kuat pun 5 6 pin je jatuh. haha.

dua. aktiviti makan-makan. haha itu wajib ok. menjamu dan dijamu. pergi rumah maklong layan mee goreng sedap [bukan sedap mee goreng yang jenama megi tu haha]. lepas tu kat rumah aku, umi masak laksa penang kawwww. sedap gila. so far aku tak pernah jumpa laksa penang orang lain yang boleh challenge umi punya :p

tiga. shopping-shopping. tapi balik cuti hari tu sekali pun tak jejak kaki ke pasar malam/pasar minggu. tak tahan panas woo. kena pergi tempat ber-aircond je. cis.

empat. layan kpop dengan adik-adik. rupanya adik-adik aku lebih advance dari aku. aku baru je start layan bigbang, snsd etc tapi diorang dah berzaman dah start. diorang tak bagitahu aku pun. reason, bimbang nanti aku kecik hati sebab aku masa tu minat dbsk je. comel la adik-adik aku ni. haha.

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei