Feb 24, 2010

farah paprik? daa

masa kat umah hari tu, aku first time masak paprik untuk family. nampaknya paprik aku sudah menjadi kegilaan keluarga aku. eceh. ada satu malam tu kami keluar dine out, abah pesan nasi goreng paprik. reason, nak compare dengan paprik yang aku masak. result, abah dan umi kata aku masak lagi sedap. o yeah. [sila tepuk]. esok harinya, umi suruh aku masak paprik lagi. adeh, aku dahlah jenis cepat muak dengan masakan sendiri. tapi, sebab umi tersayang aku masak jugaklah. umi cakap, kalau umi buka restoran, umi nak assign aku jadi tukang masak paprik. kira macam ada paprik station gitu. yang paling takleh blah, siap panggil aku farah paprik ooo farah paprik! motifff?? HAHAHA

korang jangan ngada-ngada panggil aku macam tu eh. panggil aku f-dragon takpe. haha. boleh blah ah farah.

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei