Jan 21, 2011

baju nikah aku v.1

aku plan nak pakai baju kurung semasa akad nikah nanti. persoalannya, baju kurung fesyen macam mana? kalau dah cukup ramping tak perlu nak risaulah fesyen apa pun. masalahnya aku masih kurang ramping lah sekarang ni. haha. (diet farah diet!!!)

pemilihan kain
aku ada baca somewhere, saiz macam aku ni sesuai pakai kain chiffon atau lace yang ada beads. supaya nanti kain tu cantik terletak. seeloknya elakkan songket. okay, akan ku cari chiffon sebab baju sanding dah lace.

fesyen baju kurung
mula-mula aku nak beli modern kurung. memang cantik,... kalau orang kurus pakai. haha. hari tu ada pergi carrefour kat wangsa maju ke kat mana entah, memang banyak sangat kurung modern manik-manik. cantik gilaaaaa. aku dah hampir terbeli dah, tapi nasib baik try dulu. kurung moden nampak pelik di badan aku. tak aci la, aku tengok patung tu pakai cantik je. lols. actually bukanlah teruk sangat, cuma kalau ada design yang boleh menampakkan aku lebih tinggi dan langsing kan best.

ini antara design baju kurung yang aku jumpa; kurung riau kurung pesak gantung 1, kurung pesak gantung 2

fesyen lain
fesyen 1, kebaya labuh

source: google

setelah berjam-jam aku duk bergoogle sakan dan tengok baju-baju nikah yang orang dah pakai, aku rasa aku nak balik semula pada pilihan pertama iaitu kurung moden. haha. cuma sekarang ni tengah pening jugaklah nak beli yang dah siap atau tempah sendiri. kalau dah siap, nak beli kemudian pun boleh cuma bimbang tak dapat corak beads yang lawa je lah. harga pun tak mahal kalau dah siap. cuma rata-rata yang aku survey, banyak baju kurung moden putih beads dia warna hitam. takmau takmau.

kalau nak tempah sendiri pulak, kos tinggi woo. kos baju sanding tu pun dah (*&^#! tapi nanti aku nak survey jugaklah kain chiffon kot ada yang harga promosi. kena tunggu pergi kota bharu. kat pasir puteh ni apa je yang ada. grrrr

status sekarang:

baju nikah pengantin perempuan: masih mencari

0 comment(s):

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei