Showing posts with label baju pengantin. Show all posts
Showing posts with label baju pengantin. Show all posts

Jul 17, 2011

review: baju akad nikah

7 comment(s)
selepas kejadian aku tak puas hati dengan baju sanding aku yang ditempah dengan seorang tailor, aku telah hantar kain baju nikah kepada tailor lain. dan the result? sama juga. i hate it. aku ni tembam dan sememangnya tidak kurus, jadi tailor perlulah pandai untuk jahitkan sejenis baju yang boleh merampingkan aku. tak ramping banyak, sedikit pun jadilah. apa yang terjadi baju-baju yang ditempah tu menampakkan  aku lebih pendek dan lebar dari biasa, what the hell. 

IMG_1708

dua minggu sebelum majlis, aku tekadkan hati, aku nak cari baju kurung moden siap warna putih no matter what. kalau that time ditakdirkan aku dapat baju yang huduh jugak, aku akan redha sajalah. 

last sekali aku jumpa di satu kedai online. bila dah siap order dan bayar, peniaga tu called, katanya baju tu rupanya telah sold out. jadi dia offer aku pattern lain yang merupakan stok baru sampai, dan gambarnya belum diupload kat facebook dia. kalau aku taknak, dia akan refund. tapi aku malas nak fikir banyak, terus setuju walaupun aku tak tahu pun macam mana rupa baju tu. sangat risky kan???


IMG_1720

bila dah sampai dan tengok baju tu, aku terus jatuh cinta! then aku cuba pakai, memang padan dan tak perlu alter apa-apa. alhamdulillah. aku puas hati sangat!

Apr 24, 2011

jualan penghabisan stok: kebaya pengantin

2 comment(s)
mana nak beli kebaya/jubah pengantin?

taken from butik aleeya's fb

i found this boutique called butik aleeya. butik ni tengah buat jualan penghabisan stok untuk kebaya dan jubah pengantin. macam-macam design, warna dan harga sangat-sangatlah affordable. saiz dan measurement sila rujuk tuan punya kedai. aku tak pernah beli pun kebaya dia, so memang aku tak tahu kualiti macam mana. sekadar berkongsi, kot-kot ada orang tengah survey kebaya pengantin online who knows. 

dan one more thing, ingat tak entri pasal korset muslimah? butik aleeya jual lebih murah, hanya RM40. aku pun ingat nak beli dengan dia nanti. tapi owner dia cakap stok belum sampai lagi. so, tungguuu!

Apr 11, 2011

suratan atau kebetulan

2 comment(s)

ingat tak aku mengamuk pasal tak jumpa veil yang matching dengan baju sanding aku (i mean ex-baju sanding)? padanlah payah bebenar nak jumpa, rupanya aku tidak ada jodoh dengan baju berkenaan. dua tiga hari sebelum pergi fitting baju, aku actually dah book dan bayar someone untuk siapkan veil tu (i found her through fb). dia cakap dia boleh buat veil warna classy purple

nasib baik dia belum proceed dengan warna itu dan nasib baiklah aku pergi ambil ex-baju sanding aku tu agak awal, kalau tak, burn macam tu sajalah. alhamdulillah lepas bincang, aku dapat tukar warna veil tu kepada warna snow white, dan veil itu akan digunakan masa akad nikah. 

update: umi dah ambil kain baju nikah aku dari makcik tailor itu. yesss

baju pengantinku musnah

10 comment(s)
ok ini bukan main-main. ini kisah benar. last weekend aku jumpa makcik tukang jahit baju. dia kata sudah siap dan suruh aku try baju tu. ok so aku pergilah. hati berbunga-bunga membayangkan baju cantik itu. sekali dia keluarkan baju tu, zapppppp menyirap darah aku. buruk seburuk-buruknya! tapi aku tahan dalam hati, taknak kurang ajar. aku cuba pakai baju tu, cuba pujuk hati aku untuk terima ia. tetapi tak boleh sebab memang terlalu teruk dari pelbagai aspek.

balik rumah, aku slow talk dengan umi. risau juga umi marah. actually umi pun sependapat dengan aku. dia pun mengamuk bila tengok baju tu. and i told aliff and abah too. mereka juga tak puas hati (note: biasanya abah jarang marah-marah kalau melibatkan hal macam ni). so sekarang ni, aku terpaksa guna plan b. plan yang baru digubah. aku dah buat keputusan nak pakai baju yang dah sewa dengan butik pengantin walaupun warnanya tak berapa nak matching. biarlah, janji ada.

aku boleh agak, tailor tu jahit last minute. kualiti takde, design pun memang ke laut. masa discuss dengan dia sebelum ni, kononnnya ini boleh buat, itu boleh buat. cakap tak serupa bikin. yang membimbangkan aku, baju nikah aku pun aku dah hantar pada dia. tapi belum siap, err actually belum start pun lagi. sekarang aku dah decide nak ambil balik kain baju nikah aku. i dont care! majlis aku tak lama dah, bila kau buat &*^%$#@ macam ni, memang sangat-sangat-sangat menyusahkan aku. 

Feb 11, 2011

update

0 comment(s)
setelah beberapa hari, akhirnya aku baru dapat online. fyi, alhamdulillah aku dan aliff both dapat mengajar kat sekolah di tumpat, kelantan. sekolah kami lain-lain, tapi masih dalam area yang sama. yang bestnya dekat dengan kota bharu, so boleh pergi shopping! yippiiii (duit gaji bukannya dapat lagi haha). nanti aku akan stay kat asrama, insyaallah akan pindah sana dalam minggu ni. dan lepas kami dah kahwin barulah cari rumah sewa kat area situ. hmm sedar tak sedar ni dah nak masuk pertengahan bulan 2, lagi 4 bulan majlis aku. huwaaaaaaa. belum ready ok. kain baju nikah pun belum hantar tailor lagi. sekarang masih tak sempat derr. aku sekarang tengah cari baju untuk majlis kahwin sepupu aku. majlis dia bulan tiga ni. tak sabar nak tengok. at least boleh belajar lah apa-apa yang patut. 

oh yes, untuk baju nikah nanti, aku dah beli plain white chiffon sebagai lining dan skirt. memang chiffon tu jarang, tapi apa susah, inner kan ada :p insyaallah kalau tailor boleh jahit, aku nak design ni:

source: google

Jan 31, 2011

baju sanding

0 comment(s)
secara betulnya, untuk hari bersanding/majlis reception aku nanti aku ada lima pasang baju nak kena pakai. satu, baju tempah sendiri, merangkap baju utama. tiga baju dari butik pengantin yang aku dah amik pakej tu. dan sepasang lagi yang aku sewa dengan kak intan untuk outdoor. adeh, banyak gila la for me. masa sewa tu tak fikir panjang. asal cantik je nak, asal cantik je nak. pangggggg!

kenapa aku tempah sendiri kalau dah sewa? sebab... (sendiri tanya sendiri jawab hahaha) kat butik tu takde warna idaman. umi cakap tempah lah satu baju warna idaman, nanti kang kempunan. baju kat butik tu aku dah booked satu gaun putih untuk acara potong kek, dan dua kebaya. satu kebaya putih, satu kebaya pink. ini bukan pink lembut, tapi shocking pink dengan manik purple. terang gila! haha. memang saja nak cari pasal pilih warna tu. kebaya putih tu pula sepatutnya menjadi baju akad nikah tapi since *orang-orang lama* nasihatkan supaya meng-adakan baju nikah sendiri, jadi kebaya putih tu akan dipakai waktu lain. or, maybe aku tukar baju lain kot. we'll see.

gambar hiasan. credit to rins suzana

Jan 30, 2011

baju nikah aku v.2

0 comment(s)
semalam pergi kota bharu survey-survey doorgifts, bunga pahar, paper bag dan etc. ada yang berkenan di hati, tapi banyak yang dah sold out. hish sabar jelah. jalan-jalan lagi area situ cari baju kurung moden untuk pengapit-pengapit tersayang. still, takde yang berkenan. better tunggu dan cari lagi sampai jumpa yang nak. ada cari kain net untuk veil. memang ada net lembut, masalahnya warna la pula yang tak ada. hish sabar lagi sekali. aku rasa macam kena pergi cari kat kl jugaklah jawabnya *wink kat umi*

so far yang aku beli semalam, sejadah untuk hantaran, hanger tudung yang bulat-bulat tu (ni takde kaitan dengan barang kahwin), deodorant (lols), kain lace untuk baju akad nikah dan etc. since aku decide nak tempah sendiri baju nikah aku, so aku bajet nak cari kain yang less than RM30 semeter. memang kena beringat, sebab later nak bayar upah tailor untuk 2 pasang baju pengantin lagi. wuuu!

alhamdulillah semalam jumpa kain yang affordable. lace biasa. tapi for me, dah ok sangat dah. umi pun approve. mula-mula memang aku plan nak beli chiffon manik, ada je kat saleem aziz harga rm30 semeter. murah dah, tapi bukan taste aku. aku berkenan chiffon RM200++ semeter. pengsan umi kalau aku beli yang tu.

sekarang ni tinggal nak cari satin untuk lining. design? aku rasa macam nak buat kurung biasa. tapi masih belum ada kata putus, nak kena tanya pendapat tailor juga. semalam aku lilit-lilitlah kain lace tu kat badan aku, pastu try tudung putih tu sekali. waaa sangat bling bling. it is so not me. lols. tapi betul juga cakap umi, nanti kalau aku pakai simple sangat orang taktau mana pengantin, sebab tertukar dengan tetamu. baiklah baiklah.

lace dan tudung nikah

Jan 21, 2011

baju nikah aku v.1

0 comment(s)
aku plan nak pakai baju kurung semasa akad nikah nanti. persoalannya, baju kurung fesyen macam mana? kalau dah cukup ramping tak perlu nak risaulah fesyen apa pun. masalahnya aku masih kurang ramping lah sekarang ni. haha. (diet farah diet!!!)

pemilihan kain
aku ada baca somewhere, saiz macam aku ni sesuai pakai kain chiffon atau lace yang ada beads. supaya nanti kain tu cantik terletak. seeloknya elakkan songket. okay, akan ku cari chiffon sebab baju sanding dah lace.

fesyen baju kurung
mula-mula aku nak beli modern kurung. memang cantik,... kalau orang kurus pakai. haha. hari tu ada pergi carrefour kat wangsa maju ke kat mana entah, memang banyak sangat kurung modern manik-manik. cantik gilaaaaa. aku dah hampir terbeli dah, tapi nasib baik try dulu. kurung moden nampak pelik di badan aku. tak aci la, aku tengok patung tu pakai cantik je. lols. actually bukanlah teruk sangat, cuma kalau ada design yang boleh menampakkan aku lebih tinggi dan langsing kan best.

ini antara design baju kurung yang aku jumpa; kurung riau kurung pesak gantung 1, kurung pesak gantung 2

fesyen lain
fesyen 1, kebaya labuh

source: google

setelah berjam-jam aku duk bergoogle sakan dan tengok baju-baju nikah yang orang dah pakai, aku rasa aku nak balik semula pada pilihan pertama iaitu kurung moden. haha. cuma sekarang ni tengah pening jugaklah nak beli yang dah siap atau tempah sendiri. kalau dah siap, nak beli kemudian pun boleh cuma bimbang tak dapat corak beads yang lawa je lah. harga pun tak mahal kalau dah siap. cuma rata-rata yang aku survey, banyak baju kurung moden putih beads dia warna hitam. takmau takmau.

kalau nak tempah sendiri pulak, kos tinggi woo. kos baju sanding tu pun dah (*&^#! tapi nanti aku nak survey jugaklah kain chiffon kot ada yang harga promosi. kena tunggu pergi kota bharu. kat pasir puteh ni apa je yang ada. grrrr

status sekarang:

baju nikah pengantin perempuan: masih mencari

Jan 19, 2011

preparation v.2

0 comment(s)
masa ke kl tempat first kami pergi ialah ke bright sail cawangan sg tua. thank god staff yang kerja kat situ ok (tak macam kat cawangan lundang, kb tu). tempatnya luas, ada macam-macam kelengkapan pengantin e.g accessories, fabrik, pelamin etc. aliff punya baju sanding utama dah settle, cuma accessories je tak beli sebab aku plan nak guna accessories yang dah tempah dengan butik pengantin. pandai-pandailah mix and match nanti. masa aliff try baju pengantin warna se-tema dengan kain yang aku dah beli, baru perasan inner satin dalam tu takde. nasib baik kat situ ada tukang jahit ramai, diorang siapkan dalam masa 20 minit je. so far baguslah servis dia.

aku cari veil untuk matchkan dengan tudung dan baju sanding, tapi frustnya takde warna yang sesuai. staff situ cadangkan aku jahit sendiri, beli je kain 1 1/2 meter. but still, takde warna yang match. sangat payah ok warna tu. rare sangat ke?? lols

kemudian cari baju melayu sulam untuk akad nikah. aku suka cutting baju melayu situ, orang panggil baju melayu moden. sayangnya lengan baju singkat sebab aliff tinggi. tema baju akad nikah adalah putih bersih, so kena pilih betul-betul supaya baju aku dengan dia match. aku taknak dia terbeli warna off white.

source: google

so status sekarang,

baju sanding lelaki: checked.
baju akad nikah lelaki: masih mencari
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei