Mar 23, 2011

rojak


tajuk adalah rojak kerana ada macam-macam cerita.

satu. semalam keluar makan dengan aliff. aliff cakap dia nak bawa aku makan satu restoran ni, kiranya first time lah. aku kalau kedai makan yang takde pintu ni memang payah sikit, mulalah mata melilau ada kucing ke tak (ok aku takut kucing). sampai-sampai je, kami duduk (obviously) dan si waiter pun datang. ayat first yang aliff tanya budak waiter tu, "kat sini ada kucing tak?" then you know what, muka budak tu  memang tak boleh blah, mesti dia ingat kitorang nak order kucing goreng paprik. HAHA. 

actually aliff tanya tu sebab dia nak tahu kat situ ada banyak kucing suka kacau orang makan ke tak sebab ehem, tunangnya ini takut gila dengan kucing. 

dua. dalam rumah sudah bertukar warna. haruslah kena ikut tema wedding aku. susah payah umi abah adik-adik aku gotong-royong mengecat. thanks korang. tak sabar nak balik rumah! (tengah countdown berapa jam lagi nak sampai hari khamis)

tiga. cuti seminggu yang lepas aku dah pergi butik pengantin. the one yang aku ambil adalah di kubang kerian. butik itu takde fb, mahupun blog so aku tak dapat nak bagi link. aku tak tahu macam mana hasil kerja diorang tapi hopefully semua berjalan lancarlah insyaallah. so far semua dah finalized, kecuali warna-warna bunga untuk dais. akan jumpa mereka sekali lagi dalam pertengahan bulan april untuk fitting dan finalize warna bunga. 

4 comment(s):

Diya on March 23, 2011 at 10:00 PM said...

kucing goreng paprik! HAHAHA!!

baru tahu farah takut kucing, huhu

farah aminuddin on March 23, 2011 at 10:59 PM said...

hehe. mmg takut gila! haha

fitria on March 24, 2011 at 5:21 PM said...

haha gelak guleng2 baca entry farah psl kucing tu..
u know what.. i pun takut kucing.. kadang2 sampai terbantut selera nak makan pastu mule la ajak encik tunang blah cepat2.. huhu

farah aminuddin on March 25, 2011 at 5:06 AM said...

haha samalah. kadang2 sampai bad mood. takut kucing punya pasal. makanan sedap pun dah tak pandang dah. yg nampak hanyalah kucing kucing kucing :p

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei