May 6, 2011

bilik pengantin in progress

aku baru sampai hostel. tadi ikut my parents menjemput orang datang majlis aku nanti. kami bermula dengan saudara mara dulu. ramai rupanya relatives yang aku tak kenal. sebenarnya aku tak nak ikut pun, segan. tapi alang-alang abah dan on the way ke kota bharu boleh hantar aku ke hostel terus. so tak pasal-pasal aku ikut sekali. ini semua sebab esok ada sekolah ganti, kalau tak, takde maknanya aku nak pergi.

bab bilik pengantin, bilik air dan tandas baru dah siap. cat bilik dah siap (bilik tu dah transfer jadi pink ok). langsir baru dah hantar ke tukang jahit langsir. semalam aku pergi jenguk kat kedai perabot. nampak set katil warna putih terus aku rembat. harga boleh tahan *sweating* tapi sebab nak matching tema punya pasal sanggup beli tuuu.

pesen macam nilah lebih kurang. cuma tambah almari empat pintu
source: google

banyak barang dah setel secara perlahan-lahan. untuk part wedding favours, sweets je belum dibeli. masih mencari-cari kedai borong. bila dah setel sweets nanti, dah boleh start packing favours. taknak buat kerja last minute, nanti akan nampak penat gila masa majlis. tak mahu!

3 comment(s):

As on May 7, 2011 at 2:09 AM said...

yup jangan last minute...penat :)

Anonymous said...

eh nak kawen dah
tahniah

farah, s. on May 7, 2011 at 6:45 PM said...

as: cuba buat apa2 yang mampu dulu. kalau mcm rebus telur tu takkan nak rebus seminggu awal kan. hehe

aimi dan pakcik hashim: thanks :D

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei