Jun 24, 2011

review: pengapit pengantin

pengapit pengantin adalah tak lain tak bukan my beloved siblings, helmi dan hajar. masa bersanding, hajar sangatlah sabar dengan aku walaupun aku suruh dia banyak benda. dan helmi pula, ada beberapa kawan abah ingat dia tu pengantin! siap dapat ucapan tahniah lagi. lepas tu dia segan, terus tak pakai sampin dah.

DSC_0157
DSC_0153
DSC_0011
DSC_0052

sebenarnya aku agak terkilan dengan koleksi gambar-gambar kahwin aku masa reception kat pasir puteh. gambar adalah cantik, tapi terlalu banyak gambar candid. moment aku dengan pengapit adalah tidak banyak. in fact, yang ada hanyalah masa atas pelamin. aku, pada hari kejadian memang sangat sibuk dan banyak benda perlu fikir, jadi aku tidak punya masa untuk remind photographer. 

oh yes, mereka berdua juga adalah pengapit pengantin untuk majlis reception di pekan. so harap-harap, ada lebih banyak gambar pengantin dan pengapit dari photographer yang cover majlis kat sana. 

4 comment(s):

~ mizzAmy ~ on June 24, 2011 at 2:27 PM said...

alahaii... mmg banyak benda nak pk kan? tp moment dgn pengapit pun penting gak sebenarnya. tapi seriously, kalo akak pun, akak sure akak tak kan ingat apa dah masa tu.

ije on June 24, 2011 at 3:02 PM said...

haha. baju si pengapit pun mmg dah ala2 baju pengantin dah. ehe.

pape pun. congrats farah!

UyaRayza on June 24, 2011 at 4:32 PM said...

uya suka gmbr candid heheh..xpe dear nnti bertandang remind OP untuk tgkp gmbr korg bebanyak hehe..tebus semula..

farah aminuddin on June 25, 2011 at 2:50 AM said...

kak amy: saya rasa penting, kak. penat kot cari baju nak bagi matching dua orang pengapit. haruslah kena ada banyak gambar. haha.

ije: memang baju helmi tu farah beli kat bahagian baju pengantin. hihi

uya: farah jenis yg tak sesuai di'candid'kan. kena ada angle yang betul baru nampak ok. kalau tak, habissss buruk sgt. haha.

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei