Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Jul 24, 2011

BAD review: bridal boutique

22 comment(s)
aku telah menggunakan khidmat az** bridal, one of the bridal boutiques in kubang kerian, kelantan, untuk persiapan pelamin, hiasan bilik pengantin, set baju pengantin (reception), arch, dan meja beradap. dan apa yang aku boleh katakan, mereka sangat teruk dan teruk. they ruined my big day! 

aku dah book tarikh dan bayar deposit seawal bulan disember last year. sepanjang enam bulan tu, i kept reminding them about everything; design pelamin, warna bunga, jenis bunga dan gubahan, apa yang aku nak, apa yang aku taknak dan segalanya lah. dan mereka nampak sangat memahami dan sporting (pada waktu itu).

pelamin
design pelamin, gubahan dan warna bunga yang totally lain daripada yang aku bincangkan dengan mereka. yang paling aku bengang, mereka datang pada pukul 6.30 petang pada hari majlis akad nikah. majlis aku bermula 9.00 malam tu dan berlatar belakangkan pelamin yang tak siap dengan barang bersepah-sepah. oh nice! dan bunga-bunga hiasan adalah sangat damn huduh gila. nampak sangat cheap, tambah pula dengan gubahan yang separuh siap, dengan span bunga yang masih nampak pembalut newspaper. great. 

baju pengantin
tiga pasang baju yang dia bawa, satuuu pun aku tak pakai. macam mana nak pakai, kalau size aku lain tp dia bagi size s? they were seriously crazy. dari bulan disember lagi aku fitting baju dan hari-hari sms akak tu pasal baju aku. dia kata okay, no problem, baju saiz aku tu dia dah beli. bila aku pergi butik dia untuk tengok, dia kata baju tiada di butik, banyak alasanlah. masa tu, aku tak terfikir langsung dia tu menipu. sebab dia nampak baik damn it. nasib baiklah aku ada backup plan, so aku pakai baju yang disewa untuk outdoor photoshoot. 

hiasan bilik
tema wedding adalah putih pink tapi aku nak more white than pink. paling tak boleh blah, dia pasang cadar pengantin warna kuning diraja sedangkan aku minta cadar warna putih/krim. whatthe*&^%$??! lepas tu dia siap cakap, aku yang minta warna tu. haih? siapalah yang nak cadar kuning kalau temanya dah putih pink. aku suruh dia refer pada buku catatan, dan guess what? obviously lah aku yang betul. terus senyap pakcik tu.

pintu gerbang dan hiasan meja makan pengantin
masa tu dah 2 pagi, mereka baru nak mula hias pintu gerbang dan meja pengantin. they looked extremely tired dan buat kerja ala kadar. pukul 3 pagi mereka dah balik dan tinggalkan pintu gerbang dan meja pengantin tak siap. boleh dia cakap bunga dah tak cukup untuk hias arch, jadi dia buat mana ada. can you imagine macam mana stressnya aku? 3 pagi aku belum tidur, dan esoknya memang nampaklah segala dark circles.

malam tu memang aku dah bertukar jadi super bridezilla. sampaikan masa majlis akad nikah, aku tak sempat nak feeling-feeling syahdu macam pengantin lain. sebab dalam kepala, duk terfikir 1001 masalah dengan butik pengantin ni. sedih, tapi what to do. aku bengang sebab mereka datang lewat sangat. abah dah telefon empat lima puluh kali pun diorang selamba jawab "on the way". on the way laaa sangat. pasal hiasan-hiasan tu, nasib baiklah orang canopy tu kenalan abah. pukul 3 pagi abah called dia, mintak dia tolong tambah apa yang dia termampu. dan, bagusnya dia memang tolong kami. alhamdulillah. 

selepas beberapa hari, team butik pengantin datang nak collect barang-barang dia. masa nak bayar tu, aku memang dah tunjuk muka. paling best, jumlah yang aku perlu bayar bertambah dalam RM400. damn, mereka dah rosakkan majlis aku, ada hati nak charge lebih? aku memang taknak bayar penuh. dia cakap kesianlah kat dia kalau aku tak bayar penuh. masa tu darah aku dah mendidih, terus aku mengamuk dan tengking dia. perasaan masa tu macam nak tumbuk je pakcik tu. tapi aku sabar sebab abah ada sekali. lastly, aku bayar je ikut suka hati aku.

aku anak sulung, jadi kami sekeluarga memang tidak ada pengalaman handle benda-benda macam ni. jadi, senang  ditipu. tapi kami dah serik sangat. 

Jul 17, 2011

review: baju akad nikah

7 comment(s)
selepas kejadian aku tak puas hati dengan baju sanding aku yang ditempah dengan seorang tailor, aku telah hantar kain baju nikah kepada tailor lain. dan the result? sama juga. i hate it. aku ni tembam dan sememangnya tidak kurus, jadi tailor perlulah pandai untuk jahitkan sejenis baju yang boleh merampingkan aku. tak ramping banyak, sedikit pun jadilah. apa yang terjadi baju-baju yang ditempah tu menampakkan  aku lebih pendek dan lebar dari biasa, what the hell. 

IMG_1708

dua minggu sebelum majlis, aku tekadkan hati, aku nak cari baju kurung moden siap warna putih no matter what. kalau that time ditakdirkan aku dapat baju yang huduh jugak, aku akan redha sajalah. 

last sekali aku jumpa di satu kedai online. bila dah siap order dan bayar, peniaga tu called, katanya baju tu rupanya telah sold out. jadi dia offer aku pattern lain yang merupakan stok baru sampai, dan gambarnya belum diupload kat facebook dia. kalau aku taknak, dia akan refund. tapi aku malas nak fikir banyak, terus setuju walaupun aku tak tahu pun macam mana rupa baju tu. sangat risky kan???


IMG_1720

bila dah sampai dan tengok baju tu, aku terus jatuh cinta! then aku cuba pakai, memang padan dan tak perlu alter apa-apa. alhamdulillah. aku puas hati sangat!

Jul 11, 2011

review: tudung pengantin

7 comment(s)
aku seorang pengtidakgemar tudung awning, jadi aku pakai shawl sebagai tudung pengantin untuk ketiga-tiga majlis. shawl aku sangat simple, kain dari jenis chiffon jojet dan ada sedikit diamond biasa. sila lihat previous entry untuk melihat gambar tudung. sebenarnya, aku ada beli shawl benazer/pakistan untuk dipakai semasa reception. tapi bila last minute keduanya aku tak guna sebab susah nak pakai. 

kebetulan seminggu sebelum majlis aku ke KL. kononnya nak pergi shanghai silk store di jalan tar, dengarnya kat situ ada banyak shawl manik sesuai untuk pengantin. sedihnya aku tak jumpa pun kedai tu. last sekali terjumpa satu kedai ni, ada sangat banyak shawl jojet (plain) berdiamond. oh aku suka! pilihan warna pun pelbagai, dan paling penting boleh dapat harga super best. 

kelebihan pakai shawl jenis ni, sangat selesa, kainnya sedap dipakai dan senang dibentuk. cuma kena praktis lilit shawl sendiri, mungkin ada mua yang belum biasa pakaikan shawl pada pengantin. as for inner tudung, aku tak guna inner cotton biasa, ia panas dan menampakkan garisan pada tudung yang mungkin akan mencacatkan gambar. jadi aku guna custom made inner bermaterialkan cotton spandex dari fizza-closet. sangat best!

source: fizza closet

aku akui, pengantin yang bertudung awning akan nampak lebih kemas. tapi apakan daya, i look older bila pakai tudung jenis tu. haih. 

Jul 9, 2011

review: contact lense

9 comment(s)
aku pernah review pasal contact lense dari korea sebelum ni. tapi semua majlis (akad nikah, reception, bertandang) aku tak guna contact lense korea. instead, aku guna freshlook. masa tu tengah sale di focus point. harga sekotak tak sampai rm40. so aku beli sterling gray, true saphire, pure hazel dan gray. aku bagi pure hazel pada hajar dan selebihnya aku pakai.

DSC00333-horz

gambar bertudung purple ni adalah semasa majlis bertandang di pekan. plan asalnya nak pakai true saphire, tapi pergh warna dia sangat biru. jadi aku pakai warna gray. 

DSC00279 modified-horz

untuk reception, akad nikah dan outdoor di pasir puteh aku pakai sterling gray. daripada apa yang aku perhatikan, sterling gray ni warna dia berubah mengikut warna baju yang kita pakai, lighting, dan mekap. contohnya masa malam akad nikah, warnanya nampak grey kebiruan (you cant really see it from the picture, sorry). dan masa outdoor, aku pakai baju warna silver dan hasilnya agak berbeza.

so far aku memang puas hati dengan contact lens dari freshlook. it is highly recommended. mengenai pemilihan warna, it's up to you. but if you want to look natural, i think gray or hazel maybe the best colour. dan bagi sesiapa yang tidak biasa pakai, jangan lupa sediakan eyemo. sebab mata akan merah dan berair kalau silap pakai. 

oh yes, jangan lupa pakai contact lense tu awal-awal. aku dah kena dua kali; semasa mekap akad nikah dan reception. masa tu makeup artist dah siap pakaikan foundation dan concealer, then baru aku teringat contact lense belum dipakai. nak tak nak, aku tebalkanlah muka minta mua berhenti sekejap sebab nak pakai contact lense. mula lah kelam kabut. yang selama ni boleh pakai dalam masa tak sampai dua minit, bila dah panik, terus ambil masa sepuluh minit nak siap pakai. aduhai. nasib baik mua jenis cool. 

Jul 4, 2011

review: wedding cake

9 comment(s)
selepas aku publish entri mengenai wedding cake, aku dapat beberapa komen kurang positif pasal fondant cake. then kebetulan seminggu sebelum my wedding adalah wedding sepupu, dan wedding cake dia adalah fondant cake. so lidah aku mengatakan bahawa kek fondant adalah kurang enak sedikit. so i decided to order the normal icing cake.

dua hari sebelum wedding, aku tempah kek di nurnis cake house di pasir puteh. alhamdulillah dia masih terima order. kedai dia macam tersorok sikit. paling penting, owner dan pekerja kat situ sangat friendly, dan harganya sangaaatlah affordable!

DSC_0510

kek yang aku tempah ni kek vanila. keknya biasa, tapi rasanya sangat sedap! designnya (heart-shaped, two tiers) pun bagi aku dah sangat-sangat lovely, berpatutanlah dengan harga yang dia minta, dan padanlah dengan wedding aku yang serba sederhana. 

248762_10150206643639133_650199132_6759122_7954001_n

so far aku memang recommend kalau bride-to-be dari pasir puteh nak tempah kek kat sini. tak perlu susah-susah nak tempah kat kota bharu. if you need the owner's contact number, please inform me. 

Jul 3, 2011

review: henna

5 comment(s)
see my henna below. sangat tak merah kan? kalau dari jauh nampak ok, bila dah close up inai nampak kurang berseri. actually aku dah touchup banyak kali tapi kurang menjadi. tapi aku tak kisah pun, ada adik dan best buddy nak tolong pakaikan pun dah rasa happy sangat. aku rasa inai kotak hijau ni kurang cantik, so aku tak recommend pada bride-to-be. 
DSC_0060

01072011005
not recommended
sebaliknya, inai suami adalah lebih merah dan cantik! dia cakap dia pakai inai tiub yang kotak merah ni. dan dia telah beli untuk aku pakai masa majlis bertandang. hasilnya, inai tu memang sangat cantik!

DSC_0107

01072011004
recommended
mungkin pada brides yang lain, lain pula hasilnya. so mungkin korang perlu beli dua tiga jenis dan try dulu seminggu dua sebelum majlis. inai tiub (kotak merah) yang aku pakai ni tahan agak lama. so sesiapa yang sukar nak dapatkan inai daun dan opt untuk inai tiub, why not cuba inai kotak merah ni okay. 

Jul 2, 2011

review: wedding favours

5 comment(s)
P1000208
P1000174

semuanya dibeli di era nona. kecuali sticker tu, aku pernah buat entri pasal thank you tag sebelum ni. actually ada satu lagi item yang aku letak sekali dalam paper bag tu iaitu gula-gula dalam bekas bawah ni

02072011016

untuk rombongan pengantin lelaki, saudara-mara terdekat dan besties, mereka dapat bunga telur jugak. tapi entah mana gambar bunga telur ni. nanti aku upload semula. 

Jul 1, 2011

review: catering

2 comment(s)
no. aku tak tempah any catering. sekadar masak-masak dirumah. tok ma adalah head chef, dibantu saudara-mara, jiran tetangga dan rakan-rakan (termasuk kawan-kawan hajar). aku tau, memang memenatkan masak sendiri ni. tapi seriously, rasa meriah sangat! lauk pauk adalah sangat sedap okay, dan alhamdulillah tetamu-tetamu pun tak putus-putus cakap makanan sedap.

P1000621
P1000630

cuma paling kesian adalah umi, abah dan adik-adik. lepas majlis mereka paling banyak duk menyimpan, mengemas dan lain-lain. terima kasih kepada semua yang membantu!

aih, aku duk belek-belek dvd yang fotografer bagi, takde pun gambar makanan yang dihidangkan. so aku letak dua gambar ini sajalah ok.

Jun 27, 2011

review: flower girls

3 comment(s)
DSC_0209
masa nak menyambut kedatangan pengantin lelaki
DSC_0211
betulkan flower crown
DSC_0016
gambar ni bukti flower girl buat kerja agihkan wedding favours! haha
DSC_0014
penat buat kerja, so kita minum dulu!
DSC_0332
aleeya dan abby. masa ni dah petang sikit, mekap pun dah tanggal :p

Jun 24, 2011

review: pengapit pengantin

4 comment(s)
pengapit pengantin adalah tak lain tak bukan my beloved siblings, helmi dan hajar. masa bersanding, hajar sangatlah sabar dengan aku walaupun aku suruh dia banyak benda. dan helmi pula, ada beberapa kawan abah ingat dia tu pengantin! siap dapat ucapan tahniah lagi. lepas tu dia segan, terus tak pakai sampin dah.

DSC_0157
DSC_0153
DSC_0011
DSC_0052

sebenarnya aku agak terkilan dengan koleksi gambar-gambar kahwin aku masa reception kat pasir puteh. gambar adalah cantik, tapi terlalu banyak gambar candid. moment aku dengan pengapit adalah tidak banyak. in fact, yang ada hanyalah masa atas pelamin. aku, pada hari kejadian memang sangat sibuk dan banyak benda perlu fikir, jadi aku tidak punya masa untuk remind photographer. 

oh yes, mereka berdua juga adalah pengapit pengantin untuk majlis reception di pekan. so harap-harap, ada lebih banyak gambar pengantin dan pengapit dari photographer yang cover majlis kat sana. 

Jun 23, 2011

review: my wedding shoes

13 comment(s)
banyak kisah aku nak kongsi. kisah suka duka pahit manis masin pedas semua ada. sekarang aku nak review benda-benda best dulu. pasal yang tak best dan membengangkan kepala otak aku sampai teringat-ingat sampai sekarang, aku akan cerita kemudian.

the first thing yang aku nak review adalah the wedding shoes. kasut tersebut aku pakai waktu reception di pasir puteh dan juga di pekan, juga ketika outdoor (both in pp and pekan). my comment, the shoes are damn pretty and comfortable! hakikatnya ini merupakan kasut high heel aku yang pertama dan beyond my expectation, aku rasa sangat selesa bila pakai sepanjang majlis berlangsung. 

kasut ni aku order online dari my blogger buddy, kak amy. kebetulan dia tengah promote mia (the shoes' name) dekat website absolutelygorgeous, terus jatuh cinta. dan paling best, aku adalah the first customer! memang macam sangat risky tempah online, lagi-lagi kalau e-shop tu masih baru. tapi, i put my trust in her dan alhamdulillah hasilnya memang tak menghampakan. 

DSC_0413

so, kalau berminat bolehkan klik link yang aku dah sertakan. sekarang dah ada banyak koleksi kasut beliau. to kak amy, thank you and all the best!

May 25, 2011

menghitung hari

3 comment(s)
aku telah dengan rasminya bercuti. akan meninggalkan tempat ini (sekolah) sebagai orang bujang, dan akan kembali semula sebagai isteri orang. ow yeah. 

mungkin dah kurang update dari blog ini selepas hari ini. semoga apa yang dirancang berjalan dengan sempurna, insyaallah. jumpa lagi di lain waktu. daaa!


May 7, 2011

kelantan wedding photographers

4 comment(s)
kat sini aku nak share beberapa fotografer untuk wedding yang based di kelantan. yang dah famous macam photoaura tu aku tak letak ok, sebab mesti korang dah sedia maklum. so ini antara wedding photographer yang korang boleh cuba usha:

muein mahadi

ayie nazri

akok puqo

riedzman md nor

shamabd gegeypixart

sekarang tak susah dah nak cari fotografer di kelantan. lagipun ramai yang freelances. cuma depends pada bajet korang lah kan. aku dah book photographer untuk malam nikah dan majlis sanding. and he is one of the photographers above. aku belum decide lagi nak buat custom album atau macam mana. tengoklah nanti.

Mar 23, 2011

kak ila's wedding reception (pictures)

2 comment(s)
sedikit cerita mengenai majlis resepsi kak ila. malam sebelum reception hujan lebat tak berhenti. sampai ke hari reception hujan lebat mencurah-curah. maybe tempias tsunami kat jepun tu agaknya. tapi alhamdulillah, walaupun hujan, tetamu tak putus-putus datang. 

untuk jamuan makan, tokma dan saudara mara pakat gotong royong masak. alhamdulillah, makanan masak sebelum pukul 12.30 tengahari. lauk pauk memang sedap. dan fyi, untuk majlis aku nanti kami dah book tokma untuk masak. no catering.

tak banyak sangat gambar yang aku snap sebab official photographer dah ada dua orang. lagipun cuaca hari tu gelap dan aku memang fail kalau nak setting kamera kalau kurang lighting ni. 

IMG_0654
hujan memang turun tak henti-henti
IMG_0655
tok ayah dan aliff
IMG_0612
sepupu-sepupuku selaku bridesmaids selepas dimekapkan
IMG_0730
tema hari tu adalah gold
IMG_0875
yours truly makan ini sahaja. okay aku tipu

ish tengok gambar nasi ni tetiba je lapar nasi. haha

kak ila's solemnization (pictures)

4 comment(s)
197
pengantin perempuan duk mengintai. hehe. gotcha!
158
apalah si aleeya tu pandang
233
yess cepat sign!
253
mereka sudah sah
227
kak ila yang cantik berseri

Mar 14, 2011

cerita semalam

3 comment(s)
majlis kahwin dah selesai, acara potong kek dah selesai, esok majlis bertandang kat setiu pulak. semalam ini adalah job aku (mekapkan bridesmaids);


final result nanti aku reveal dalam entri akan datang. anyway nak cerita, lens canon aku dah rosak auto focus. masih boleh guna, tapi hanya manual. gambar dah tak cantik macam dulu. nak lens baru! hopefully dapat beli sebelum majlis kahwin aku. (praying so hard agar gaji cepat masuk)

Mar 7, 2011

akulah op, akulah mua

0 comment(s)
ok, title tak boleh blah, sangat gila kuasa. 

sepupu aku kak ila nikah hari jumaat lepas. umi aku ada dua beradik sahaja, jadi sepupu aku memang tak ramai. kalau nak mintak tolong apa-apa, memang antara kami sajalah. disebabkan majlis akad nikahnya seminggu sebelum reception, so dia tak hire op dan mua. jadi, aku telah dipertanggungjawabkan untuk kedua-dua tugas tu. nervous jugaklah sebab aku bukan mahir pun. kalau aku salah buat mesti dia ingat sampai bila-bila kan. tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

actually aku nak upload gambar banyak-banyak. tapi kak ila mintak aku simpan dulu gambar-gambar tu. sekeping ni saja aku boleh tunjuk.

068
the bride. sebelah tu pakcik kami

selepas majlis tu abah dan umi bawak aku pergi bukit abal nak jumpa orang canopy. masa tu dah penat gila, so aku macam tak fikir panjang, terus setuju bla bla bla. nanti ada entri lain aku cerita pasal canopy ni. lepas tu balik rumah terus pengsan sebab sangat penat!

to kak ila, selamat pengantin baru!! tak sabar nak tunggu hari reception sabtu ni. bagi aku pulak masuk gambar. hari tu tak sempat nak bergambar banyak-banyak dengan dia sobsss.

Mar 23, 2010

introducing mawar ungu


aku suka blog dia. cara penulisan blog yang comel. tapi masa tu berapa kerat sangat dia update. tup tup sekarang dia dah ada blog baru, mawar ungu untuk kekasih. perh, tajuk tak tahan. blog ni pasal persediaan untuk majlis perkahwinan dia. alhamdulillah, dah nak kahwin dah. penulisnya, tak lain tak bukan, my tiny little roommate, yana farinna (bukan nama sebenar hahaha). ah sudah, kalau dia tiny, aku giant lah nampaknya :p

so sesiapa yang rasa nak baca boleh klik link ini: mawar ungu untuk kekasih. sesiapa yang ada pengalaman pasal wedding tu maybe boleh share ideas. erh memang betullah, nak kahwin bukannya senang. macam-macam kena handle. pheww

note: selamat pengantin baru kepada nadia basri dan pasangannya serta ore dan pasangannya. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. insyaallah.

pic: google

Aug 24, 2009

selamat pengantin baru

17 comment(s)
rajinnya aku meng-update. takpelah, nanti nanti aku akan hilang sekejap. sekejap je tak lama. sedara aku merangkap sepupu ummi aku baru kahwin. actually takdelah baru sangat. tapi aku baru je dapat tengok gambar wedding dia. gambar ni ihsan adik aku, hajar. cilok dari facebook beliau. cakap pasal facebook, dua orang adik aku finally buat account facebook setelah didesak bertubi-tubi oleh aku [gila kejam si kakak ni]. tapi budak-budak ni bukannya tahu sangat berfacebook, berfriendster pandai pulak. cettt. takpe-takpe adik-adikku, there is still room for improvement. [what the ?] dalam gambar bawah ni adalah si aleeya, kak-je dan kak-da. sila lihat si aleeya, dah pandai pout -_-'

wedding kakje

note: to kakje, selamat pengantin baru [walaupun aku dah ketinggalan keretapi ;p]

Aug 9, 2009

hot wedding colour ideas

46 comment(s)
1. lavender
IMG_1140


2. cherry and brown
IMG_1140


3. chocolate and cream
IMG_1140


4. aqua blue
IMG_1140


setakat ni, aku tak pernah nampak lagi majlis kahwin bertemakan cherry and brown. not bad juga la kalau pandai match. disebabkan sekarang aku gila purple, aku suka no.1 hehe. tapi 2, 3 dan 4 pun cantik, depends pada preference/taste masing-masing. banyak lagi hot colours ni, boleh lihat-lihat kat allwomenstalk.com.

note: aku belum nak kawin lagi okay. saja nak berangan ;p
pics: flickr ♥
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei