Jul 24, 2011

BAD review: bridal boutique

aku telah menggunakan khidmat az** bridal, one of the bridal boutiques in kubang kerian, kelantan, untuk persiapan pelamin, hiasan bilik pengantin, set baju pengantin (reception), arch, dan meja beradap. dan apa yang aku boleh katakan, mereka sangat teruk dan teruk. they ruined my big day! 

aku dah book tarikh dan bayar deposit seawal bulan disember last year. sepanjang enam bulan tu, i kept reminding them about everything; design pelamin, warna bunga, jenis bunga dan gubahan, apa yang aku nak, apa yang aku taknak dan segalanya lah. dan mereka nampak sangat memahami dan sporting (pada waktu itu).

pelamin
design pelamin, gubahan dan warna bunga yang totally lain daripada yang aku bincangkan dengan mereka. yang paling aku bengang, mereka datang pada pukul 6.30 petang pada hari majlis akad nikah. majlis aku bermula 9.00 malam tu dan berlatar belakangkan pelamin yang tak siap dengan barang bersepah-sepah. oh nice! dan bunga-bunga hiasan adalah sangat damn huduh gila. nampak sangat cheap, tambah pula dengan gubahan yang separuh siap, dengan span bunga yang masih nampak pembalut newspaper. great. 

baju pengantin
tiga pasang baju yang dia bawa, satuuu pun aku tak pakai. macam mana nak pakai, kalau size aku lain tp dia bagi size s? they were seriously crazy. dari bulan disember lagi aku fitting baju dan hari-hari sms akak tu pasal baju aku. dia kata okay, no problem, baju saiz aku tu dia dah beli. bila aku pergi butik dia untuk tengok, dia kata baju tiada di butik, banyak alasanlah. masa tu, aku tak terfikir langsung dia tu menipu. sebab dia nampak baik damn it. nasib baiklah aku ada backup plan, so aku pakai baju yang disewa untuk outdoor photoshoot. 

hiasan bilik
tema wedding adalah putih pink tapi aku nak more white than pink. paling tak boleh blah, dia pasang cadar pengantin warna kuning diraja sedangkan aku minta cadar warna putih/krim. whatthe*&^%$??! lepas tu dia siap cakap, aku yang minta warna tu. haih? siapalah yang nak cadar kuning kalau temanya dah putih pink. aku suruh dia refer pada buku catatan, dan guess what? obviously lah aku yang betul. terus senyap pakcik tu.

pintu gerbang dan hiasan meja makan pengantin
masa tu dah 2 pagi, mereka baru nak mula hias pintu gerbang dan meja pengantin. they looked extremely tired dan buat kerja ala kadar. pukul 3 pagi mereka dah balik dan tinggalkan pintu gerbang dan meja pengantin tak siap. boleh dia cakap bunga dah tak cukup untuk hias arch, jadi dia buat mana ada. can you imagine macam mana stressnya aku? 3 pagi aku belum tidur, dan esoknya memang nampaklah segala dark circles.

malam tu memang aku dah bertukar jadi super bridezilla. sampaikan masa majlis akad nikah, aku tak sempat nak feeling-feeling syahdu macam pengantin lain. sebab dalam kepala, duk terfikir 1001 masalah dengan butik pengantin ni. sedih, tapi what to do. aku bengang sebab mereka datang lewat sangat. abah dah telefon empat lima puluh kali pun diorang selamba jawab "on the way". on the way laaa sangat. pasal hiasan-hiasan tu, nasib baiklah orang canopy tu kenalan abah. pukul 3 pagi abah called dia, mintak dia tolong tambah apa yang dia termampu. dan, bagusnya dia memang tolong kami. alhamdulillah. 

selepas beberapa hari, team butik pengantin datang nak collect barang-barang dia. masa nak bayar tu, aku memang dah tunjuk muka. paling best, jumlah yang aku perlu bayar bertambah dalam RM400. damn, mereka dah rosakkan majlis aku, ada hati nak charge lebih? aku memang taknak bayar penuh. dia cakap kesianlah kat dia kalau aku tak bayar penuh. masa tu darah aku dah mendidih, terus aku mengamuk dan tengking dia. perasaan masa tu macam nak tumbuk je pakcik tu. tapi aku sabar sebab abah ada sekali. lastly, aku bayar je ikut suka hati aku.

aku anak sulung, jadi kami sekeluarga memang tidak ada pengalaman handle benda-benda macam ni. jadi, senang  ditipu. tapi kami dah serik sangat. 

22 comment(s):

intan syafinaz on July 24, 2011 at 2:48 AM said...

cian nye..bwk2 bsabar la ey..xsngka lak,byk rupanya kes mcm ni..xpnh tau pn

farah fadhil on July 24, 2011 at 2:53 AM said...

I pun org klate,babe :)

one of reason tak suke bridal klate cmni la.
dlm buku,bukan main gmbr mcm2.
tp bile tanye,kena order la,ape la.

I plan nak diy je wed nnt.
xnak amik risiko dgn bridal x bleh blah cmni.
design bykkk outdated plak tu.
yg cantek2,different,mesti mahal :/

kesian u.. takpe,tak bleh pegi jauhnye org keje main2 cmtu

Syima Syaz on July 24, 2011 at 3:59 AM said...

tu lah kan...
kita ni jadi serba salah dgn orang.kadang2 diorang ni nak buat business, buat lah betul2.pikirkan long term bukan short term.nak kaya cepat tapi takde effort nak bagi service yang baik... bila kita bagi bad review nanti kata saja nak tutup periuk nasi...macam mana nak maju?tak kesian ke diorang dgn pengantin yang susah payah kumpul duit utk majlis sekali seumur hidup ni...

atleas farah jenis tegas, mcm saya ni lembik... senang kesian kat orang.lagi susah!

Unknown on July 24, 2011 at 4:54 AM said...

Alamak, saya pon tak dak pengalaman jugak..kenduri pertama...thanks for this review, boleh lah mengingatkan diri sendiri dan keluarga..bukan kita nak burukkan, just nak ambik ikhtibar untuk bakal pengantin lain..apa2 pon, dah selamat menikah..hihi and mmg tak ptt dia mntak extra charge tu!

alfina on July 24, 2011 at 12:59 PM said...

Oh gosh! That's so scary!
Glad u handle it well..
As in it doesn't show at all in your face

Dzeti

amy on July 24, 2011 at 10:43 PM said...

this is soooo bad. ape la org camni. tak fikir langsung pasal org lain. dengar cerite camni makin takut ngan my bridal butik ni. huhu.

Anonymous said...

ohmyyyy sungguh menyakitkan hati limpa baca entri farah ni!!!! ada jgk eh spesis menipu macam ni. ingatkan semua big day berjalan lancar (since pegi majlis orang, macam relaks je, huhu). diya pun tak penah handle hal2 tempahan kahwin, risau gak kalau2 kena macam farah. yang cadar kuning tu paling taklehblah, diorang tersilap majlis org lain ke ape. sungguh cincai2 keje diorang. memang patut farah bagi harga cincai jugak

cikFM on July 25, 2011 at 12:55 PM said...

whatde***... kalau saya pun ngamuk cam tu..

~ mizzAmy ~ on July 25, 2011 at 2:11 PM said...

ya-Allah. dasyatnya cara kerja diorg. let me guess, Azie Bridal kah? kalau akak jadi awak pun, mmg totally insist nak bayar full. dah la baju satu pun tak pakai. cadar warna kuning. majlis akad nikah dah ruined sbb kelewatan diorg. erm, if Farah bayar banyak that day, why dont u report ajer dekat Tribunal Pengguna.

Hunny Kitty on July 25, 2011 at 2:20 PM said...

ohhh, sangat tak patut!

Khairiyah aka Kerry on July 25, 2011 at 2:20 PM said...

Ya-Allah, sampainye hati. dah la kite kahwin sekali je se-umur hidup.semoga ade hikmah di sebalik yg berlaku.la ni depa buat org, nnt org plak buat depa..sabaq naa..

~ NANA ~ on July 25, 2011 at 2:28 PM said...

ya Allah kesiannya...takot pulak denga...huhu

Fariza on July 25, 2011 at 3:27 PM said...

geramnya bridal boutique mcmtu.
teruknya, semua kehendak x dituruti, berbayar bukannya free. grrrrr. kesian kat pengantin, sampai mood pun xda. minta2 sy punya x terjadi mcmtu.
u boleh buat report kat tribunal pengguna tau. kebanyakkan ada yg wat aduan, dapat 1/2 duit dr situ. kena tegakkan hak kita kalau tak naik kepala jawabnya. take action ok.

Unknown on July 25, 2011 at 3:47 PM said...

kesiannya U !!! Ya Allah sampai hati dorang wat cenggitu !!

adda_shariff on July 26, 2011 at 9:35 PM said...

wow...dasyat betul butik itu. takpelah..at least skrang dah selamat kan?

anyway..i think u r married to my uncle. he's my father's cousin. from pekan isnt it?

sbb noticed gambar my tok sedare in your engagement photo.

ke saye salah...hehe..kalau ye, hello makcik!

filanastasia on July 26, 2011 at 11:24 PM said...

grrr... dgr jek dah mendidih ati akak.. kalau akak jd awak, satu sen pun akak tak bayar... grrr lg skali... pepe pun alhamdulillah semua dah settle

yonna said...

ya allah farah!! sakitnya hati baca niiiiiii!!!!!!!! rasa nak pi bakar je kedai tu!

kenapa censoredkan nama bridal ni? patutnya farah jaja je buruk kedai ni supaya orang lain tak terkena! sangat sakit hati okayy!!!!! terlalu banyak sangat yang tak kena!

haih.geram ni baca!

Alia on August 1, 2011 at 12:50 PM said...

i bru baca! omg farah, can't imagine if i were in your shoes cmnelah mendidih hati ni. but what done is done. pity u.

me suya on May 20, 2012 at 8:22 PM said...

farah..which butik ur go? pm me the rite name boleh.. me ingt nak balik cr bridal this week kt kb..

me suya on May 20, 2012 at 8:22 PM said...

farah..which butik ur go? pm me the rite name boleh.. me ingt nak balik cr bridal this week kt kb..

Unknown on September 6, 2014 at 9:54 AM said...

Salam.farah...tul butik yang dimaksudkn tu..alahai sarr baru plan nak ambk dia utk majlis dec ni.takut pulak

farah, s. on October 13, 2014 at 12:43 AM said...

sarra.aida

i taktau lah kalau2 service diorang dah ok ke sekarang kan. wallahualam. post ni pun i tulis beberapa tahun lepas. i suggest, semua benda yang u bincang dgn diorang tu mesti ada black and white. jgn biar diorang sesuka hati tukar last minute k. semoga majlis u berjalan lancar.

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei