Oct 25, 2009

caraku dan caramu berbeza

bila aku layan mana-mana drama bersiri atau movie, aku selalunya takkan merungut pada ketidaklogikan cerita tu. ada sesetengah orang, setiap kali tengok drama ada saja benda tak kena yang dia nak kondem. tak salah pun perbuatan tu. suka hati kau lah kan. cuma itu bukan perangai aku. kau bagi la aku tengok cerita yang paling haprak dalam dunia pun, tapi kalau aku suka means aku suka lah.

mana ada benda yang perfect dalam dunia ni. setakat benda-benda remeh dan tak logik yang ada dalam drama/movie tu akanku lupakan saja. btw ini salah satu cerita mengarut yang menjadi fav aku, meichan no shitsuji [pic courtesy of flickr] ;



off topic: hmm, dinner tadi plan asalnya nak masak kailan ikan masin, tapi hanya ada kailan. nak masak kangkung goreng belacan, kangkungnya tiada. akhirnya terhasillah kailan goreng belacan.

10 comment(s):

Nadia on October 25, 2009 at 5:01 AM said...

heheheh..mana ada cerita yang betul2 logik kan. Semua cerita adalah direka oleh penulis skrip dengan mggunakan imiginasi. Tapi tak mustahil imiginasi tu adalah realiti yang berlaku cuma kita je tak tahu . That's why filem/drama dihasilkan , supaya kita boleh tahu sisi kehidupan orang lain yang mungkin berlaku secara realiti :D

Kalau nadia pulak, nadia suka tengok cara pelakon mengeksperesikan watak. Kalau menjadi, jalan cerita haprak pun nadia layan. Tapi kalau lakonan pulak haprak, cerita logik ke tak logik ke nadia tak layan gak.hehehe ;)

farah, s. on October 25, 2009 at 5:07 AM said...

betul2.

hehe farah nk tgk cerita tgk pelakon dulu. so kalau dh tau pelakon tu bukan taste farah, farah takkan tengok terus cite tu sbb xnk kutuk2. hoho

farah on October 25, 2009 at 7:20 AM said...

citer korea ke tu?

:P

farah, s. on October 25, 2009 at 7:20 AM said...

japanese :)

DilOt on October 25, 2009 at 7:15 PM said...

dilot tak suke kalau org tgk cerite korea or japanese smpi nangis gler2..3 kali tgk pun mau nangis gak...lgla kalu cite cintan2...hehe...tp terpulang pd org kan...

farah, s. on October 25, 2009 at 8:41 PM said...

haha yeke. farah nangis jugak. tp kalau betul2 menyentuh hati la. tp takde la kali k3 tgk pun masih nangis. :p

~ mizzAmy ~ on October 26, 2009 at 3:43 PM said...

citer korean ke citer jepun tuh?

akak pun tak kisah sangat citer tuh logik ke tak. as long as, tak ter'over cam citer indon sudah..

farah, s. on October 26, 2009 at 5:57 PM said...

jepun kak.

haa betul betul betul. sy pun camtu :)

Anonymous said...

Ahah. Setuju ngan Nadia. Mana2 cerita pun, akan ada gak at least 1% yang tak logik nya. Sebab dah namapun rekaan kan.

Huuu. Diya dah tengok 2-3 episod cite nih, overall memang entertaining walaupun meter tak logik dia kadang boleh cecah 80% ke atas. Huhu. Farah cakap yg hero tu ada berlakon lam absolute boyfriend kan. Patut lah diya rasa penah nampak, sebab penah tgk cite tu kat 8tv. Hehe

farah, s. on October 27, 2009 at 1:57 AM said...

80%? kdg2 farah rs leh cecah 95% hahaa. tp comel. tak kire lah, suke jugak. hehe.

aah asal pelakon hensem je mesti farah ingt. muahaha

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei