May 22, 2011

online shopping

selaku bride to be yang sibuk dan takde transport sendiri untuk ulang-alik ke kedai, maka online shopping adalah salah satu cara untuk aku jimatkan masa dan tenaga. banyak yang aku tempah online. memang berisiko, contohnya kalau terjadi tak muat ke, tak puas hati dan sebagainya. tapi, perlu beranilah. so jangan shopping last minute, kalau nak tukar atau refund memang tak sempat. at least kalau beli awal-awal, bolehlah kita berbuat sesuatu.

veil. veil aku tempah online. sekarang veil dah siap, dan telah diposkan pagi tadi. sangat tak sabar nak tengok. 

korset muslimah. aku dah beli, tapi bukan dengan peniaga yang aku iklankan sebelum ini. sebab mereka tiada ready stock. so aku beli di sini. RM65 including postage, agak mahal. tapi who cares. aku nak cepat. customer service pun elok. barang aku dah dapat lama dah. korset tu best, sedap pakai.

sticker (thank you). aku dah bagi link beliau sebelum ni di sini. aku suka sticker tu, comel. design boleh bincang dengan beliau. dan aku dapat 35 pcs sticker yang ada doily paper sebagai free gift.

kad kahwin. kad kahwin aku biasa-biasa, tak wangi. sesiapa yang sentap aku tak bagi kad tu, henti-hentikanlah. kad aku bukannya something that you can die for. in fact, setem pun lebih mahal dari kad aku ok. aku tak kisah kalau orang nak kutuk ke apa, it's up to you, yang penting aku suka kad aku. oh yes, aku tempah disini kad kahwin grazine. servis bagus, kualiti kad pun bagus untuk harga yang ditawarkan. overall, aku memang puas hati. 

kasut sanding. ini nanti aku nak tulis special entry. 

6 comment(s):

Aya on May 22, 2011 at 5:02 AM said...

hehehe.. senang ye, sume pun shopping online. jimat mase

farah, s. on May 22, 2011 at 6:38 PM said...

kalau nk beli brg pun time weekend je. sbb tu duk beronline shopping. hihi

Hidayati Farhan on May 22, 2011 at 6:42 PM said...

byknya yg da settle. huwaaa, awk buat kite ngeri jap. saya ape pon xde lg. ekeke

farah, s. on May 22, 2011 at 6:53 PM said...

banyak jugaklah yang dah settle. cuma tinggal nk fitting baju je. hehe/ no worries dear, insyaallah semua ok

dilot on May 23, 2011 at 8:15 PM said...

bln jun..dah nak dekat tu...

Anonymous said...

yala...suport online shopping senang and jmat mase...hrg pun murah betul...

 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei