aku seorang pengtidakgemar tudung awning, jadi aku pakai shawl sebagai tudung pengantin untuk ketiga-tiga majlis. shawl aku sangat simple, kain dari jenis chiffon jojet dan ada sedikit diamond biasa. sila lihat previous entry untuk melihat gambar tudung. sebenarnya, aku ada beli shawl benazer/pakistan untuk dipakai semasa reception. tapi bila last minute keduanya aku tak guna sebab susah nak pakai.
kebetulan seminggu sebelum majlis aku ke KL. kononnya nak pergi shanghai silk store di jalan tar, dengarnya kat situ ada banyak shawl manik sesuai untuk pengantin. sedihnya aku tak jumpa pun kedai tu. last sekali terjumpa satu kedai ni, ada sangat banyak shawl jojet (plain) berdiamond. oh aku suka! pilihan warna pun pelbagai, dan paling penting boleh dapat harga super best.
kelebihan pakai shawl jenis ni, sangat selesa, kainnya sedap dipakai dan senang dibentuk. cuma kena praktis lilit shawl sendiri, mungkin ada mua yang belum biasa pakaikan shawl pada pengantin. as for inner tudung, aku tak guna inner cotton biasa, ia panas dan menampakkan garisan pada tudung yang mungkin akan mencacatkan gambar. jadi aku guna custom made inner bermaterialkan cotton spandex dari fizza-closet. sangat best!
![]() |
source: fizza closet |
aku akui, pengantin yang bertudung awning akan nampak lebih kemas. tapi apakan daya, i look older bila pakai tudung jenis tu. haih.