Jan 31, 2011

baju sanding

0 comment(s)
secara betulnya, untuk hari bersanding/majlis reception aku nanti aku ada lima pasang baju nak kena pakai. satu, baju tempah sendiri, merangkap baju utama. tiga baju dari butik pengantin yang aku dah amik pakej tu. dan sepasang lagi yang aku sewa dengan kak intan untuk outdoor. adeh, banyak gila la for me. masa sewa tu tak fikir panjang. asal cantik je nak, asal cantik je nak. pangggggg!

kenapa aku tempah sendiri kalau dah sewa? sebab... (sendiri tanya sendiri jawab hahaha) kat butik tu takde warna idaman. umi cakap tempah lah satu baju warna idaman, nanti kang kempunan. baju kat butik tu aku dah booked satu gaun putih untuk acara potong kek, dan dua kebaya. satu kebaya putih, satu kebaya pink. ini bukan pink lembut, tapi shocking pink dengan manik purple. terang gila! haha. memang saja nak cari pasal pilih warna tu. kebaya putih tu pula sepatutnya menjadi baju akad nikah tapi since *orang-orang lama* nasihatkan supaya meng-adakan baju nikah sendiri, jadi kebaya putih tu akan dipakai waktu lain. or, maybe aku tukar baju lain kot. we'll see.

gambar hiasan. credit to rins suzana

Jan 30, 2011

baju nikah aku v.2

0 comment(s)
semalam pergi kota bharu survey-survey doorgifts, bunga pahar, paper bag dan etc. ada yang berkenan di hati, tapi banyak yang dah sold out. hish sabar jelah. jalan-jalan lagi area situ cari baju kurung moden untuk pengapit-pengapit tersayang. still, takde yang berkenan. better tunggu dan cari lagi sampai jumpa yang nak. ada cari kain net untuk veil. memang ada net lembut, masalahnya warna la pula yang tak ada. hish sabar lagi sekali. aku rasa macam kena pergi cari kat kl jugaklah jawabnya *wink kat umi*

so far yang aku beli semalam, sejadah untuk hantaran, hanger tudung yang bulat-bulat tu (ni takde kaitan dengan barang kahwin), deodorant (lols), kain lace untuk baju akad nikah dan etc. since aku decide nak tempah sendiri baju nikah aku, so aku bajet nak cari kain yang less than RM30 semeter. memang kena beringat, sebab later nak bayar upah tailor untuk 2 pasang baju pengantin lagi. wuuu!

alhamdulillah semalam jumpa kain yang affordable. lace biasa. tapi for me, dah ok sangat dah. umi pun approve. mula-mula memang aku plan nak beli chiffon manik, ada je kat saleem aziz harga rm30 semeter. murah dah, tapi bukan taste aku. aku berkenan chiffon RM200++ semeter. pengsan umi kalau aku beli yang tu.

sekarang ni tinggal nak cari satin untuk lining. design? aku rasa macam nak buat kurung biasa. tapi masih belum ada kata putus, nak kena tanya pendapat tailor juga. semalam aku lilit-lilitlah kain lace tu kat badan aku, pastu try tudung putih tu sekali. waaa sangat bling bling. it is so not me. lols. tapi betul juga cakap umi, nanti kalau aku pakai simple sangat orang taktau mana pengantin, sebab tertukar dengan tetamu. baiklah baiklah.

lace dan tudung nikah

Jan 29, 2011

fake lashes

0 comment(s)
masa pergi kl baru-baru ni, aku sempat lah curi-curi masa pergi watson, sebab nak merembat fake lashes dengan adhesive glue. aku pernah beli yang empat ringgit satu set tapi gam dia sangat hampeh, tak lekat pun. this time beli yang elok sikit, yang jenama dolly apa entah. so tadi aku trykan lah kat adik aku sambil-sambil menconteng muka dia. mekap aku tak luak sebulan dua ni sebab duk rumah je kan. adik-adik lah jadi mangsa kena conteng dengan aku :p

for me, glue yang aku beli ni memang best. melekat elok dan senang nak tanggalkan. btw aku baru tahu bahawasanya nak pakai fake lashes ni agak susah kalau tak biasa :p

IMG_9837
hajar cakap, lepas pakai fake lashes ni
rasa macam teduh je. haha
lepas dah tangkap gambar hajar, ada budak jeles nak mekap juga. adeii budak kecik ini. tak nak hampakan dia, aku tepek la sikit-sikit.

IMG_9858
sesiapa yang dah lama tak tengok aleeya. here she is.
semenjak sekolah ni dah macam anak dara dah

Jan 27, 2011

veil pengantin

0 comment(s)
jenis veil

sabtu ni nak pergi cari kain untuk jahit veil. aku nak veil yang panjangnya sampai siku saja untuk nampak lebih tinggi. hahaha. aku baca artikel ni "how to select a wedding veil" dan katanya orang yang ketinggian kurang 5'4' sesuai dengan veil elbow-length. agak-agak kalau veil pendek tu 1 meter setengah cukup tak? err. if possible nak cari kain yang lembut untuk veil ni sebab tak nak veil tu nampak keras kejung dalam gambar.

cara pakai veil

aku berkenan dengan gaya ini, dimana veil tu jatuh belakang badan. kalau veil tu kedepan, akan menampakkan badan aku nampak lebih besar. uuuu >.<

pic credits to qberphotography

warna veil

ni yang aku tengah pening. tak retilah nak matching. hmm. warna tudung aku dah sama dengan warna baju, so i guess warna veil satu tona dengan kain lining? errr gamble je lah.

Jan 25, 2011

theme colour

0 comment(s)
last year, sebelum decide tarikh majlis etc, aku berangan nak warna red wine/burgundy ni jadi warna tema wedding aku. kiranya tu angan-angan sendiri lah.

credit to the perfect palette

aku memang suka gila warna ni. but thank god aku tak proceed dengan tema ini. sebab satu, bila fikir balik kalau semua benda (i mean background pelamin, doorgift, canopy, kad kahwin, deko bilik tidur) warna dia macam ni, majlis aku akan nampak agak kusam dan tak berseri. dua, "orang-orang lama" tak akan approve. tiga, susah nak cari barang-barang warna ini. nanti kalau tak jumpa, kita beli warna lain jadi tak match pulak.

so sekarang ni aku dah tukar theme colour untuk majlis reception nanti. mungkinkah begini?




semua theme diatas sangat cantik!

all pictures are taken from theperfectpalette

Jan 24, 2011

pengapit pengantin

0 comment(s)
pengapit dah dipilih. umi yang request. dua-dua pengapit adalah adik perempuan aku, hajar dan nadiah. dan flower girl sape lagi kalau bukan aleeya. aleeya sekarang excited siot. dia kata dia tak sabar nak pakai gaun dengan flower band tu. haha over ok.

untuk hajar dan nadiah, kalau boleh nak beli baju yang dah siap. basically mereka berdua ni sama saiz, so senang nak cari baju. aku ada tengok dalam majalah nona edisi januari, cantik-cantik sangat fesyen baju sekarang. fuuuu mauuuu!! warna baju pengapit haruslah tidak sama dengan baju pengantin kan. jadi aku kalau boleh nak baju pengapit ni sama ada kurung riau/kurung moden manik warna ala-ala peach dan pink muda. mesti cantik. ini antara pilihan warna yang aku nak untuk pengapit aku.

yes, first choice! tapi macam impossible je. (source: google)


google


google

untuk malam nikah, aku takde tetapkan any theme colour untuk my family. tak kisahlah sebab malam akad nikah tu majlisnya sekejap saja. tapi aleeya punya baju dah siap tau. tak aci! pengantin punya pun belum beli lagi, lols. baju dia warna hitam ada kerawang dan labuci. sangat glam ok :p

bekas hantaran

0 comment(s)
10.33 am farah wrote this;
semua yang belum dapat call atau surat daripada jpn (termasuk aku) duk berdebar-debar pasal posting. penantian satu penyeksaan ceyhh. taknak cerita pasal posting, yelah nak cerita pasal apa nye kan bukannya aku dah dapat pun. lols. 

kelmarin ada pergi usya barang-barang untuk deko hantaran. aku teringin nak bekas yang cantik-cantik tu tapi harganya mahal siot. so alternatif lain adalah guna bakul biasa.kalau kena dengan cara hias boleh jadi cantik juga kan? sebelum ni warna tema hantaran aku kepada aliff adalah putih dan pink tapi pink silver pun cantik. pening-pening :p

nak bekas macam ni. hehe
source: indahkraft


10.43 am
dah check moe untuk posting dan kami berdua dapat negeri kelantan! alhamdulillah. syukur ya allah. 

Jan 21, 2011

baju nikah aku v.1

0 comment(s)
aku plan nak pakai baju kurung semasa akad nikah nanti. persoalannya, baju kurung fesyen macam mana? kalau dah cukup ramping tak perlu nak risaulah fesyen apa pun. masalahnya aku masih kurang ramping lah sekarang ni. haha. (diet farah diet!!!)

pemilihan kain
aku ada baca somewhere, saiz macam aku ni sesuai pakai kain chiffon atau lace yang ada beads. supaya nanti kain tu cantik terletak. seeloknya elakkan songket. okay, akan ku cari chiffon sebab baju sanding dah lace.

fesyen baju kurung
mula-mula aku nak beli modern kurung. memang cantik,... kalau orang kurus pakai. haha. hari tu ada pergi carrefour kat wangsa maju ke kat mana entah, memang banyak sangat kurung modern manik-manik. cantik gilaaaaa. aku dah hampir terbeli dah, tapi nasib baik try dulu. kurung moden nampak pelik di badan aku. tak aci la, aku tengok patung tu pakai cantik je. lols. actually bukanlah teruk sangat, cuma kalau ada design yang boleh menampakkan aku lebih tinggi dan langsing kan best.

ini antara design baju kurung yang aku jumpa; kurung riau kurung pesak gantung 1, kurung pesak gantung 2

fesyen lain
fesyen 1, kebaya labuh

source: google

setelah berjam-jam aku duk bergoogle sakan dan tengok baju-baju nikah yang orang dah pakai, aku rasa aku nak balik semula pada pilihan pertama iaitu kurung moden. haha. cuma sekarang ni tengah pening jugaklah nak beli yang dah siap atau tempah sendiri. kalau dah siap, nak beli kemudian pun boleh cuma bimbang tak dapat corak beads yang lawa je lah. harga pun tak mahal kalau dah siap. cuma rata-rata yang aku survey, banyak baju kurung moden putih beads dia warna hitam. takmau takmau.

kalau nak tempah sendiri pulak, kos tinggi woo. kos baju sanding tu pun dah (*&^#! tapi nanti aku nak survey jugaklah kain chiffon kot ada yang harga promosi. kena tunggu pergi kota bharu. kat pasir puteh ni apa je yang ada. grrrr

status sekarang:

baju nikah pengantin perempuan: masih mencari

sumber reference

0 comment(s)
aku baru lepas google pasal veil dan baju nikah. kain baju sanding dah hantar ke tailor. alhamdulillah, tailor cakap dia boleh buatkan fesyen yang aku nak tu. design tu aku amik dari majalah pengantin yang paling latest, edisi februari. hopefully sesuailah dengan aku nanti. insyaallah.

ok sambung cerita tadi, lepas aku google aku terjumpa link ni. bride to be yang lain maybe dah tahu kot blog beliau. aku masih baru hehe. apa yang aku nak share kat sini, aku rasa puas hati baca blog dia sebab apa yang aku tertanya-tanya selama ni dah terjawab. banyak tips yang bride to be kena tahu yang beliau dah share. suka sangat. so sesiapa masih tercari-cari tips untuk pilih baju nikah ke, veil ke, perjalanan majlis ke bolehlah ke blog diaterimanikahnya

taken from diaterimanikahnya

selain blog beliau ni, blog-blog yang dah di-listkan di side bar blog ni adalah antara blog yang banyak info jugak. thanks korang.

Jan 20, 2011

preparation v.5 (hantaran)

0 comment(s)
selepas ke jalan tar, kami ke midvalley nak cari barang hantaran. masa tu masing-masing dah penat, so semua barang dipilih secara laju-laju. nasib baik aku dah plan barang apa aku nak, brand apa, dan designnya. so takdelah ambil masa lama sangat nak pilih. kitorang banyak shopping kat metrojaya, dah tak larat sangat-sangat nak survey yang kat luar-luar tu. kasut aku dan kasut aliff je pergi cari kat jusco. so far, barang hantaran yang kami beli adalah tiga bagi pihak aku, dan tiga bagi pihak aliff. ini antara yang kami beli:


source: google

gambar hiasan. source: flickr


status sekarang:

barang hantaran aku kepada aliff: 8 to go (pheww!)

barang hantaran aliff kepada aku: 6 to go

preparation v.4

0 comment(s)
masa kat jalan tar hari tu jugak aku ada masuk satu kedai yang jual doorgifts, alat untuk hantaran etc. ingat nak survey paper bag untuk vip. yes, kat situ memang ada. harga sangat murah RM2.80 untuk 10pcs. kiranya RM0.28 sen je seunit. tu yang paling murah aku jumpa setakat ni. design ada yang lawa, cuma takde warna tema aku. kalau tak, memang aku dah rembat. lagi satu, masa aku pergi tu umi takde sekali. aku ni jenis susah nak buat keputusan kalau umi takde. hehe


sweet! suka design ni. taken from rekacetak2u

anyway kalau nak cari kedai yang aku cakap tu, ia sebaris dengan maybank dan jakel, dan kat depan dia adalah kedai makan.

status sekarang:
paper bag untuk vip: masih mencari

Jan 19, 2011

preparation v.3 (tudung pengantin)

1 comment(s)
tempat kedua yang kami pergi jelajah adalah jalan tar dan kawasan sekitar situ. motif adalah untuk cari sehelai tudung sanding, sehelai tudung nikah, dan dua tudung persalinan. dan alhamdulillah, aku dapat semua tudung-tudung tu dengan harga yang affordable. ada jugak survey veil, tapi masih tak jumpa jugak.

cakap pasal tudung pengantin, aku buat keputusan untuk pakai shawl. serius, muka aku memang tak sesuai langsung pakai tudung ekspres tu. dah berbelas kali aku cuba kat muka bulat aku ni, memang tak ngam. so nak selamat, aku pilih shawl jelah. ni antara gaya pengantin yang pakai shawl masa wedding.

source: google
inner yang jenis cover neck tu aku dah beli dengan radiusite. so semua dah setel. tudung untuk bertandang kiv dulu sebab aku belum tengok baju tu. actually aku berkenan dengan shawl irine nadia pakai, cantik!! tapi tak dapatlah nak membelinya, lari bajet. hehe

credit to irinenadia

status sekarang:

tudung pengantin: checked.

preparation v.2

0 comment(s)
masa ke kl tempat first kami pergi ialah ke bright sail cawangan sg tua. thank god staff yang kerja kat situ ok (tak macam kat cawangan lundang, kb tu). tempatnya luas, ada macam-macam kelengkapan pengantin e.g accessories, fabrik, pelamin etc. aliff punya baju sanding utama dah settle, cuma accessories je tak beli sebab aku plan nak guna accessories yang dah tempah dengan butik pengantin. pandai-pandailah mix and match nanti. masa aliff try baju pengantin warna se-tema dengan kain yang aku dah beli, baru perasan inner satin dalam tu takde. nasib baik kat situ ada tukang jahit ramai, diorang siapkan dalam masa 20 minit je. so far baguslah servis dia.

aku cari veil untuk matchkan dengan tudung dan baju sanding, tapi frustnya takde warna yang sesuai. staff situ cadangkan aku jahit sendiri, beli je kain 1 1/2 meter. but still, takde warna yang match. sangat payah ok warna tu. rare sangat ke?? lols

kemudian cari baju melayu sulam untuk akad nikah. aku suka cutting baju melayu situ, orang panggil baju melayu moden. sayangnya lengan baju singkat sebab aliff tinggi. tema baju akad nikah adalah putih bersih, so kena pilih betul-betul supaya baju aku dengan dia match. aku taknak dia terbeli warna off white.

source: google

so status sekarang,

baju sanding lelaki: checked.
baju akad nikah lelaki: masih mencari

Jan 17, 2011

im back!

0 comment(s)
pheww. baru jumpa internet selepas beberapa hari. aku ke kl, berjanji dengan aliff untuk cari barang-barang hantaran setakat mana yang boleh dicari dan juga setelkan pasal baju pengantin etc. sale memang besssttt! insyaallah kalau aku rajin nanti aku update pasal pencarian barang ni dalam next entri.

actually entri ni aku nak cerita pengalaman naik bas ke kl. lama gila dah tak naik bas long distance. since aku pergi dengan tokma aku, so malaslah nak naik flight. kang gayat lak tokma. haha. malam tu naik bas ekspres perdana yang bukan dua tingkat. aku boleh imagine how scary it is kalau naik yang dua tingkat tu. seat kami dua dari depan, boleh nampak jalan. malam tu memang aku tak boleh nak tidur langsung (walaupun sangat mengantuk) sebab berdebar gila. lebih-lebih lagi bila sampai kat area merapoh-kuala lipis. ya allah, jantung memang berlari laju kalah naik superman ride kat gold coast. lagi menakutkan bila nampak banyak signboard, awas kemalangan maut. uuuu mau pengsan!

lepas tu tokma kata, jangan fikir bukan-bukan, pejamkan mata dan buat taktau je. ajal maut allah tentukan. betul betul betul. tapi still, aku tak tidur sampai ke sudah. alhamdulillah, dah selamat sampai rumah dah pun.


taken from completewellbeing


pengajaran untuk aku: jangan pilih seat depan bila naik bas :p

Jan 14, 2011

kad kahwin

0 comment(s)
pagi tadi dah terima artwork kad kahwin. dah check semua spelling, maklumat etc dan semua dah okay. design cantik dan menepati taste aku, dan harganya takde lah mahal vavavoom sangat. affordable, i would say. majlis aku actually bulan 6, tapi aku tempah je awal-awal. taknak serabutkan kepala otak. lagipun, tengah free ni. dah start mengajar nanti, payah la sikit nak uruskan benda-benda ni.

warna kad adalah gabungan hitam, silver dan putih. ada iras kad kat bawah ni. iras je, tak sama sangat pun. haha. aku amik pakej kad kahwin yang less than RM1.00 per unit. actually aku nak buat warna lain tapi sebab aku buat kad tu 2 cover (both pihak lelaki dan perempuan) so kena consider jugak theme colour belah aliff kan. jadi, nak adil, kami tempah kaler hitamsilverputih. nanti dah sampai kad tu, aku update lagi ok.

credit to kad kahwin chantek

di sini aku sertakan beberapa site kad kahwin yang ada design cantik-cantik dan harga yang berpatutan. check 'em out.

preparation v.1

0 comment(s)
semalam pergi jalan-jalan cari kasut pengantin. so ajaklah family singgah bright sail cawangan kota bharu. omg muka bangla (ke bangsa apa entah) yang kerja kat situ memang menyakitkan hati betul. rasa nak carut je depan muka diorang. customer service memang teruk gila. normal lah kan, kalau customer nak survey-survey dulu sebelum beli. *&%$!

ok lupakan pasal bangla itu. so far kasut pengantin yang aku cari takde yang sesuai. bila dah berkenan warna, saiz pula takde. lepas tu bila singgah parkson mall jumpa kasut muncung warna hitam. murah gila. belas-belas ringgit je. umi kata amik je yang tu since susah nak cari kasut pengantin yang muat dengan kaki aku yang special ini. so kitorang decide nak diy cantik-cantik kasut tu supaya nampak se-tema dengan baju sanding aku nanti. hoyeh.

credit to misi5april2009.blogspot.com
kasut pengantin : checked.

Jan 13, 2011

butik pengantin di kelantan v.2

0 comment(s)
okay, sekarang butik kedua aku nak share ialah intan bridal. pelamin dia nice, dan jangan risau sebab korang boleh mintak owner dia, kak intan, untuk ubahsuai design tu. pilihan baju banyak dan cantik, aku dah pergi sendiri tempat ni. cuma sayangnya, takde rezeki nak tempah pakej perkahwinan sebab dah fully booked. so, untuk mengubat hati yang luka, aku book jugaklah sepasang baju pengantin lelaki dan perempuan dari intan bridal untuk outdoor photoshoot. baju utama aku tempah sendiri, sebab warna idaman aku ni susah nak cari. aduss.

ok, kalau nak cari butik intan bridal ni. pergi ke jalan telipot kota bharu, cari simpang empat ada satu bangunan warna oren dua tingkat (bangunan tu tak besar sangat). kat bahagian bawah adalah workshop 4x4 dan intan bridal adalah di tingkat atas tu. susah sikit lah nak cari sebab masa aku pergi tu dia belum ada signboard lagi.(maybe dah ada kot sekarang).
  
credit to intan bridal
 
sesiapa berminat, ni website/facebook dia;

lagi satu, her husband adalah fotografer. so kalau malas nak fikir banyak, boleh amik pakej sekali ngan fotografi. kat sini ada jugak sediakan pakej kanopi, kiranya one stop center lah.

Jan 10, 2011

butik pengantin di kelantan v.1

0 comment(s)
butik pengantin pertama yang aku nak share ni adalah harharah bridal. butik ni actually pilihan pertama aku sebab aku berkenan sangat dengan salah satu pelamin dia dan juga mekap lawa. sayangnya, masa aku tanya owner dia, kak jai, dia cakap tarikh aku tu orang dah booked. haish, memang sape nak ambil pakej dengan harharah kena book setahun lebih awal kot :p

taken from kak jai's fb

gambar hiasan: credit to harharah bridal

dia display barang-barang pengantin ni kat rumah dia kat kota bharu. oh yes, selama aku duk berurusan dengan kak jai ni, dia memang jenis baik. busy pun dia tetap layan. kalau berminat nak survey boleh ke;

http://harharahbridal.fotopages.com/ (alamat, contact number ada kat sini)
 

darlingfarah Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei